Blogger Templates

11 July 2011

Bile Lecturer PJ seorng lelaki

2 comments
assalamuailaikum...
emm,baru je lepas post entry baru..
tp sekarg nek melepaskan geram..
geramnyerrr....
geram!geram!geram!

eeee...geram sgt dengan lecturer yg dak ippm pggl en.zul
sgt x suke die..
sebelum nie just dengar je yg die tu gatal and suke pegang2 budak perempuan
tapi hari nie..x sgka malang itu menimpa semua girls math sem 2..
oleh kerana lect yg sepatutnyer ajr kami pj
x dpt masuk kelas hri nie sbb g observe untuk praktikum,
kami terpaksa bergabung dengan kelas PK yg diajar oleh en zul tu,,,
bencnyer..

tadi kami kene buat gulingan
yg buat saya geram, kami dah reti lah buat gulingan tu,xpyh lah nk pegang2 kami plak
eh x..die ckp sy kene pgg
kononyer takot jadi pe2..
tp yg kau lebih2 tu asal???
pegang org suke hati, tengok celah kangkang dak pempuan tu kenapa??
kesian budak PK tadi,ada yg kne pgg lebih2..

dah tu plak, siap tunjuk aksi lucah..
sungguh menggelikan
tyme saya plak, sebok je pegang 2 tgn
saya boleh buat sendiri okey
tp tadi nasib ada keberanian untuk menepis tagn die,,
geli saya kne pgg ngn laki cm tu..

ish..harp ni yg pertama n terakhir belajar dgn die
lps nie, kami rela ganti kelas drpd belajar dgn die
harap je dh g haji
tp suke hati je nk pegg kami
ingat kami bini2 die ke..
aish..sush kalu org dh tua x sedar diri

aahhhh....rasa lega skit dh lepaskan geram kat sni...
semoga kami tidak dipertemukan dengan die lagi
sampai bile2 pon xpe..aminn

My new camera

0 comments
assalamualaikum...
urmm dah lame jugak x menjenguh ke blog nie kan..
adalah dalam 12 hari....LORHH..baru 12 hari lah..
ingt kan lame nau ( kecek melaka)..:P

Alhamdulillah terlebih dahulu dan buat selamanya...
elaun saya sudah masuk..hehe
dapat elaun senyum lebar je..huhu..macam nie..

hehe....besarkan senyuman tu..
tapi beselah..duit kan macam air..cepat je habsnyer
tapi saya bukan menghabiskan dengan berjoli di sana sini...huhu
beli brg2 keperluan:)
org ckp...bukan saya ckp yer..:P
makin banyak duit, makin banyk lah benda yg nk dibeli..betul x??
tepuk dada,tye poket:)
antara barangan yg telah saya beli adalah camera...camera bese jew..
~ nie lah die camera yang baru ku beli~


camera nie bese je..tp kira ok lah kan sebab yang sendiri punyer..hehe
erm, tp hari ini saya ada satu perkongsian untuk dikongsi...

* semakin banyak kita bersedekah,semakin Allah tambahkan rezeki kita*

akhir kata dr saya selamat beramal dan selalu lah bersedekah..:)

01 July 2011

selamat tinggal cikgu..:)

2 comments
Assalamualaikum...
seperti biasa, saya akan memberi salam kepada kalian,dan kalian jawablah kerana itu satu doa dar saya..:)
semoga dengan salam yg dijawab oleh kalian akan menjadi doa pada saya kembali...

Hari ni agak memenatkan saya sebabnya pkul 3 ptg td ada taklimat dr pensyarah pj tentang pergerakan asas..lepas hbis dgr taklimat Pn.Zaima,pensyarah pJ saya yg sgt sporting.(best gler belajar PJ dgn beliau..:) saya dan kwn2 saya pon bergerak ke bilik mikro B..sbb ada kelas ganti dengan En.Azman..psyarah yg ajar subjek WAJ 3104...(literasi bahasa)..bergabung dengan kelas unit PA..

sepatutnye ada sambungn perbentangan ptg td..tp sesudah hampir 40 minit menanti en.azman di dalam bilik tu..orgnyer x muncul2 pon..my pa untuk subjek ni dh pon tepon bnyk kali,tp die ckp on the way...on the way punyer on the way.....lastly, "Kelas petang ni BATAL"..
wahhh...rasa menyirap je darah..hhaa..(xdelah smpai cmtu)

sebenarnye,en,azman@cikgu azman ni cikgu pantun..kami xberapa suke die sbb wlpon xpnh belajar ngn die sejak di ipg ni..tp dgr citer2 dr kwn len ckp die ni cerewet..tp xpelah..tujuan saya menulis disini bukan untuk mengumpat beliau..huhu

en.azman akan melanjutkan pelajaran di prgkat PhD..tahniah cikgu!!hihi
hr ni last die ajar kelas saya...apa pon,apa sahaja ilmu yg telah cikgu beri amat berguna kepada kami sebgai seorg bakal guru 3 thun setengan lagi..hehe

semoga cikgu berjaya mencapai cita2 cikgu dan semga sukses in ur study ye..
selamat berjuang..:)

p/s: to ina rosyaida..jgn lah kamu bersedih ye..teruskan bakat kamu sebagai pemantun ipg kita ini ye...sy sentiasa menyokong ina...:)

29 June 2011

Apa itu Tabarruj dan hukumnya

0 comments
Assalamualaikum......
Jawablah salam ku ini kerana salam ini adalah doaku buat si pembaca blog ini...dan semoga dengan salammu itu akan menjadi doa buatku..

Hari ini,ingin ku berkogsi dengan kalian satu ilmu yang mungkinbermanfaat buat kita semua..InsyaAllah.
Tabarruj...pernah dengar x????mungkin ada yg pernah dengar kan.
kebiasaanya tabarruj akan dikaitkan dengan kaum wanita.kenapa plak ye???sebabnya wanita sangat sinonim dengan golongan yang suka berhias.betul x??hehe


kadang-kadang kita tidak sedar akan isu ini, sebab kurang amik tau.Jadi,sebagai seseorg yg menyedarinye,saya ingin berkogsi ilmu ini dengan anda semua...

Apa itu tabarruj yang sedang saya perkatakan???

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit
(aurat).
Ini dibatasi dengan tanpa membukabahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarangtanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

make-up Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakaidimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelangkaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimanaseseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggilTabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akanmenarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepadaperhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalahdilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan inimenarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnyaterlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab yang (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dadaboleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupunJilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarrujdan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekalidilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatiankearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarikperhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan
: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalahsama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudahsemestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

yang Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian sepertiditerangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui darikeadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahuikebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai danmengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilaranguntuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak bolehmemperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami danmahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambutdan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan keduatapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dantudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapaktangan sahaja.


Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta

semoga dengan entry saya kali ini dapat menyedarkan kita akan hukum yg telah ditetapkan oleh Allah dan jgn lah kita alpa siapa diri kita sebenarnya....kecantikan yang paling indah adalah kecantikan dalam hati seseorang manusia itu...

27 June 2011

Aku bertawakal bukan kerana pasrah

0 comments

Assalamualaikum...
semoga kalian menjawab salamku kerana salamku ini doa buat kalian yg membaca coretanku ini
dan aku juga berharap agar kalian mendoakanku..

Kini sudah 4 hari berlalu setelah aku membuat ujian darah di poliklinik peringgit pada hari jumaat yang lalu,
keputusannya akan keluar lagi 10 hari,iaitu 2 mggu dr hari tersebut..
badanku masih lemah,kaki ku kini sudah xkuat seperti dulu
pergerakan ku semakin perlahan..
adakah keadaan ini akan kekal atau hanya sementara???
segalanya masih menjadi tanda tye..

Dalam tempoh sebaik sahaja aku dkatakan mungkin menjadi salah seorg drpada pesakit tyroid
aku brasa takot..takot pada apa yang akan terjadi pada diri aku nant..
namun,kawan2 ku telah memberi semngat padaku..
begitu juga en.amirol yg tidak putus2 bertya kbr ku & memberi semngt padaku..
dalam kesediahan ini,aku masih bersyukur kerana ada org disekelilingku yg amik berat ttgku
namun,pada ibuku..aku hanya memberitahu yg anaknye ini sihat seperti biasa kerana ibu mempunyai penyakit darah tinggi dan beliau tidak boleh berasa sedih..tapi,bukan bermaksud aku ingin menipu ibuku,hanya kerana aku terlalu sayangkannya..kerana dia ibuku di dunia dan selamanya..

Hari ini..aku mula sedar, walaupon tanda2 penyakit itu ada padaku, tapi doktor masih belum sahkan 100%..
jadi aku masih ada peluang untuk tidak menghidap penyakit tu kan..
dan aku amat berharap agar aku dijauhkan drpd penykit tu..
aku takot kerana ada seorg dktor tu ckp pnyakit ni amik masa bertahun untuk pulih,
and bg pmpuan yg dh khwin,selagi xbek tyroid tu,die xleh mengandung..benarkah??

Hari ini..aku membuat keputusan untuk tanamkan semangt dlm diri aku
aku harus kuat dan percaya, aku masih ada peluang untuk baik..
kerana,setiap penyakit itu pasti ada ubatnya..
dan aku percaya,yakin..bila aku sakit,Dia pasti menyembuhkanku..insyaAllah..

Aku harus kuat sbb aku akan mnjadi seorg guru, dan aku harus pastikan bahawa aku berjya mncapai cita2 aku itu..
aku perlu kuat untk membantu keluargaku
untuk mengmbirkan hati kedua ibu bapaku..
kerana hidupku ini adalah untuk menggembirakan mereka..
dan aku yakin,Allah pasti mendengar doaku...
semoga Allah memudahkan segala urusanku...
sesungguhnya tawakalku ini adalah hanya pada Yang Esa dan bukan bererti aku pasrah....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

24 June 2011

kebenaran atau hanya pembohongan???

0 comments
assalamualaikum...
disaat ini..
jari jemariku yg lemah,perlahan-lahan menekan butang keypad

semalam,badan2 ku menjadi terlalu lemah..
dah menangis pon
smpai nk hantar register pon dh xlarat
terima kasih sgt2 mira nk ucp kat kak ody sbb tolong
mira hntrkan register tu petang semalam..
& maaf sgt2 sbb dah sushkan kak ody..
lepas dh rasa nk jalan pon xleh..
kwn mira,nama die shima offer nk hntr mira g klinik cek sbb die bw kereta..

terima kasih juga pada shima..
tibe je kat hospital, leps je nama kne pggl, mira pon masuk
lepas bg tahu pada dktor masalah mira..
doktor pon jalankan lah tugas die sbg dktor
tbe2 doktor dgn suara pelahan cakap..
"awak ada tyroid"
mira terkejut sgt...apa lah penyakit tu..
tp doktor ckp masih awal..
die pon suruh g poliklinik untuk cek darah..

hari nie mira pon pergilh poliklinik ditemani oleh cik nur hidayah..my best fren
thanks jugak pada dayah.:)
smpai je sane,dktor cek,
dktor tu pon ckp mira ada tyroid
kmudian pergi ke makmal 11 untuk ambil darah
xsakit pon..hehe..
tp,lepas tu dktor ckp dtg semula lps 2 minggu,,,
untuk tau hasil ujian darah
harap sgt semua yg dktor ckp tu adalah 1 pembohongan...
jika ini adalah ujian dr Allah untuk mira,mira terimanye dengan hati yg ikhlas..
ape pon,mira akan cube kuatkan semangat mira untuk hadapi ujian ini..
setiap penyakitkan ada penawarnya..betul x???hehe
kepada teman setia mira..amirol idaham@abang...abg lah semangat mira..

24 April 2011

adakah Dia telah memilih aku???

0 comments
apa yg ingin ku luahkan di sini...
adalah apa yg terbuku dihati

disaat jejari kecilku leka menaip apa yang sedang terbuku dihati
aku menangis..

setelah kian lama menyimpan niat dihati
akhirnya aku telah meluahkan kepada seorg sahabat..
aku ingin meminta bantuannya..

adakah Dia telah memilih aku
aku menangis..

kini aku kian sedar..
aku akan gembira jika hidup keranaNya
lakukan apa sahaja demiNya..

walaupun kini aku masih dalam kebingungan
tidak tahu apa yg perlu aku lakukan

tetapi, aku tahu..
jalannya sudah pon ada

jika benar Dia memilihku..
aku amat bersyukur
kerana masih diberi kesempatan ini..

hatiku sungguh bahagia kerana Dia telah memilih aku
sungguh..
aku sangat bahagia dengan nikmatNya ini..
terima kasih Ya Allah....