Blogger Templates

11 July 2011

Bile Lecturer PJ seorng lelaki

2 comments
assalamuailaikum...
emm,baru je lepas post entry baru..
tp sekarg nek melepaskan geram..
geramnyerrr....
geram!geram!geram!

eeee...geram sgt dengan lecturer yg dak ippm pggl en.zul
sgt x suke die..
sebelum nie just dengar je yg die tu gatal and suke pegang2 budak perempuan
tapi hari nie..x sgka malang itu menimpa semua girls math sem 2..
oleh kerana lect yg sepatutnyer ajr kami pj
x dpt masuk kelas hri nie sbb g observe untuk praktikum,
kami terpaksa bergabung dengan kelas PK yg diajar oleh en zul tu,,,
bencnyer..

tadi kami kene buat gulingan
yg buat saya geram, kami dah reti lah buat gulingan tu,xpyh lah nk pegang2 kami plak
eh x..die ckp sy kene pgg
kononyer takot jadi pe2..
tp yg kau lebih2 tu asal???
pegang org suke hati, tengok celah kangkang dak pempuan tu kenapa??
kesian budak PK tadi,ada yg kne pgg lebih2..

dah tu plak, siap tunjuk aksi lucah..
sungguh menggelikan
tyme saya plak, sebok je pegang 2 tgn
saya boleh buat sendiri okey
tp tadi nasib ada keberanian untuk menepis tagn die,,
geli saya kne pgg ngn laki cm tu..

ish..harp ni yg pertama n terakhir belajar dgn die
lps nie, kami rela ganti kelas drpd belajar dgn die
harap je dh g haji
tp suke hati je nk pegg kami
ingat kami bini2 die ke..
aish..sush kalu org dh tua x sedar diri

aahhhh....rasa lega skit dh lepaskan geram kat sni...
semoga kami tidak dipertemukan dengan die lagi
sampai bile2 pon xpe..aminn

My new camera

0 comments
assalamualaikum...
urmm dah lame jugak x menjenguh ke blog nie kan..
adalah dalam 12 hari....LORHH..baru 12 hari lah..
ingt kan lame nau ( kecek melaka)..:P

Alhamdulillah terlebih dahulu dan buat selamanya...
elaun saya sudah masuk..hehe
dapat elaun senyum lebar je..huhu..macam nie..

hehe....besarkan senyuman tu..
tapi beselah..duit kan macam air..cepat je habsnyer
tapi saya bukan menghabiskan dengan berjoli di sana sini...huhu
beli brg2 keperluan:)
org ckp...bukan saya ckp yer..:P
makin banyak duit, makin banyk lah benda yg nk dibeli..betul x??
tepuk dada,tye poket:)
antara barangan yg telah saya beli adalah camera...camera bese jew..
~ nie lah die camera yang baru ku beli~


camera nie bese je..tp kira ok lah kan sebab yang sendiri punyer..hehe
erm, tp hari ini saya ada satu perkongsian untuk dikongsi...

* semakin banyak kita bersedekah,semakin Allah tambahkan rezeki kita*

akhir kata dr saya selamat beramal dan selalu lah bersedekah..:)

01 July 2011

selamat tinggal cikgu..:)

2 comments
Assalamualaikum...
seperti biasa, saya akan memberi salam kepada kalian,dan kalian jawablah kerana itu satu doa dar saya..:)
semoga dengan salam yg dijawab oleh kalian akan menjadi doa pada saya kembali...

Hari ni agak memenatkan saya sebabnya pkul 3 ptg td ada taklimat dr pensyarah pj tentang pergerakan asas..lepas hbis dgr taklimat Pn.Zaima,pensyarah pJ saya yg sgt sporting.(best gler belajar PJ dgn beliau..:) saya dan kwn2 saya pon bergerak ke bilik mikro B..sbb ada kelas ganti dengan En.Azman..psyarah yg ajar subjek WAJ 3104...(literasi bahasa)..bergabung dengan kelas unit PA..

sepatutnye ada sambungn perbentangan ptg td..tp sesudah hampir 40 minit menanti en.azman di dalam bilik tu..orgnyer x muncul2 pon..my pa untuk subjek ni dh pon tepon bnyk kali,tp die ckp on the way...on the way punyer on the way.....lastly, "Kelas petang ni BATAL"..
wahhh...rasa menyirap je darah..hhaa..(xdelah smpai cmtu)

sebenarnye,en,azman@cikgu azman ni cikgu pantun..kami xberapa suke die sbb wlpon xpnh belajar ngn die sejak di ipg ni..tp dgr citer2 dr kwn len ckp die ni cerewet..tp xpelah..tujuan saya menulis disini bukan untuk mengumpat beliau..huhu

en.azman akan melanjutkan pelajaran di prgkat PhD..tahniah cikgu!!hihi
hr ni last die ajar kelas saya...apa pon,apa sahaja ilmu yg telah cikgu beri amat berguna kepada kami sebgai seorg bakal guru 3 thun setengan lagi..hehe

semoga cikgu berjaya mencapai cita2 cikgu dan semga sukses in ur study ye..
selamat berjuang..:)

p/s: to ina rosyaida..jgn lah kamu bersedih ye..teruskan bakat kamu sebagai pemantun ipg kita ini ye...sy sentiasa menyokong ina...:)

29 June 2011

Apa itu Tabarruj dan hukumnya

0 comments
Assalamualaikum......
Jawablah salam ku ini kerana salam ini adalah doaku buat si pembaca blog ini...dan semoga dengan salammu itu akan menjadi doa buatku..

Hari ini,ingin ku berkogsi dengan kalian satu ilmu yang mungkinbermanfaat buat kita semua..InsyaAllah.
Tabarruj...pernah dengar x????mungkin ada yg pernah dengar kan.
kebiasaanya tabarruj akan dikaitkan dengan kaum wanita.kenapa plak ye???sebabnya wanita sangat sinonim dengan golongan yang suka berhias.betul x??hehe


kadang-kadang kita tidak sedar akan isu ini, sebab kurang amik tau.Jadi,sebagai seseorg yg menyedarinye,saya ingin berkogsi ilmu ini dengan anda semua...

Apa itu tabarruj yang sedang saya perkatakan???

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit
(aurat).
Ini dibatasi dengan tanpa membukabahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarangtanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

make-up Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakaidimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelangkaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimanaseseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggilTabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akanmenarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepadaperhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalahdilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan inimenarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnyaterlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab yang (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dadaboleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupunJilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarrujdan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekalidilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatiankearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarikperhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan
: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalahsama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudahsemestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

yang Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian sepertiditerangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui darikeadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahuikebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai danmengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilaranguntuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak bolehmemperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami danmahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambutdan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan keduatapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dantudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapaktangan sahaja.


Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta

semoga dengan entry saya kali ini dapat menyedarkan kita akan hukum yg telah ditetapkan oleh Allah dan jgn lah kita alpa siapa diri kita sebenarnya....kecantikan yang paling indah adalah kecantikan dalam hati seseorang manusia itu...

27 June 2011

Aku bertawakal bukan kerana pasrah

0 comments

Assalamualaikum...
semoga kalian menjawab salamku kerana salamku ini doa buat kalian yg membaca coretanku ini
dan aku juga berharap agar kalian mendoakanku..

Kini sudah 4 hari berlalu setelah aku membuat ujian darah di poliklinik peringgit pada hari jumaat yang lalu,
keputusannya akan keluar lagi 10 hari,iaitu 2 mggu dr hari tersebut..
badanku masih lemah,kaki ku kini sudah xkuat seperti dulu
pergerakan ku semakin perlahan..
adakah keadaan ini akan kekal atau hanya sementara???
segalanya masih menjadi tanda tye..

Dalam tempoh sebaik sahaja aku dkatakan mungkin menjadi salah seorg drpada pesakit tyroid
aku brasa takot..takot pada apa yang akan terjadi pada diri aku nant..
namun,kawan2 ku telah memberi semngat padaku..
begitu juga en.amirol yg tidak putus2 bertya kbr ku & memberi semngt padaku..
dalam kesediahan ini,aku masih bersyukur kerana ada org disekelilingku yg amik berat ttgku
namun,pada ibuku..aku hanya memberitahu yg anaknye ini sihat seperti biasa kerana ibu mempunyai penyakit darah tinggi dan beliau tidak boleh berasa sedih..tapi,bukan bermaksud aku ingin menipu ibuku,hanya kerana aku terlalu sayangkannya..kerana dia ibuku di dunia dan selamanya..

Hari ini..aku mula sedar, walaupon tanda2 penyakit itu ada padaku, tapi doktor masih belum sahkan 100%..
jadi aku masih ada peluang untuk tidak menghidap penyakit tu kan..
dan aku amat berharap agar aku dijauhkan drpd penykit tu..
aku takot kerana ada seorg dktor tu ckp pnyakit ni amik masa bertahun untuk pulih,
and bg pmpuan yg dh khwin,selagi xbek tyroid tu,die xleh mengandung..benarkah??

Hari ini..aku membuat keputusan untuk tanamkan semangt dlm diri aku
aku harus kuat dan percaya, aku masih ada peluang untuk baik..
kerana,setiap penyakit itu pasti ada ubatnya..
dan aku percaya,yakin..bila aku sakit,Dia pasti menyembuhkanku..insyaAllah..

Aku harus kuat sbb aku akan mnjadi seorg guru, dan aku harus pastikan bahawa aku berjya mncapai cita2 aku itu..
aku perlu kuat untk membantu keluargaku
untuk mengmbirkan hati kedua ibu bapaku..
kerana hidupku ini adalah untuk menggembirakan mereka..
dan aku yakin,Allah pasti mendengar doaku...
semoga Allah memudahkan segala urusanku...
sesungguhnya tawakalku ini adalah hanya pada Yang Esa dan bukan bererti aku pasrah....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

24 June 2011

kebenaran atau hanya pembohongan???

0 comments
assalamualaikum...
disaat ini..
jari jemariku yg lemah,perlahan-lahan menekan butang keypad

semalam,badan2 ku menjadi terlalu lemah..
dah menangis pon
smpai nk hantar register pon dh xlarat
terima kasih sgt2 mira nk ucp kat kak ody sbb tolong
mira hntrkan register tu petang semalam..
& maaf sgt2 sbb dah sushkan kak ody..
lepas dh rasa nk jalan pon xleh..
kwn mira,nama die shima offer nk hntr mira g klinik cek sbb die bw kereta..

terima kasih juga pada shima..
tibe je kat hospital, leps je nama kne pggl, mira pon masuk
lepas bg tahu pada dktor masalah mira..
doktor pon jalankan lah tugas die sbg dktor
tbe2 doktor dgn suara pelahan cakap..
"awak ada tyroid"
mira terkejut sgt...apa lah penyakit tu..
tp doktor ckp masih awal..
die pon suruh g poliklinik untuk cek darah..

hari nie mira pon pergilh poliklinik ditemani oleh cik nur hidayah..my best fren
thanks jugak pada dayah.:)
smpai je sane,dktor cek,
dktor tu pon ckp mira ada tyroid
kmudian pergi ke makmal 11 untuk ambil darah
xsakit pon..hehe..
tp,lepas tu dktor ckp dtg semula lps 2 minggu,,,
untuk tau hasil ujian darah
harap sgt semua yg dktor ckp tu adalah 1 pembohongan...
jika ini adalah ujian dr Allah untuk mira,mira terimanye dengan hati yg ikhlas..
ape pon,mira akan cube kuatkan semangat mira untuk hadapi ujian ini..
setiap penyakitkan ada penawarnya..betul x???hehe
kepada teman setia mira..amirol idaham@abang...abg lah semangat mira..

24 April 2011

adakah Dia telah memilih aku???

0 comments
apa yg ingin ku luahkan di sini...
adalah apa yg terbuku dihati

disaat jejari kecilku leka menaip apa yang sedang terbuku dihati
aku menangis..

setelah kian lama menyimpan niat dihati
akhirnya aku telah meluahkan kepada seorg sahabat..
aku ingin meminta bantuannya..

adakah Dia telah memilih aku
aku menangis..

kini aku kian sedar..
aku akan gembira jika hidup keranaNya
lakukan apa sahaja demiNya..

walaupun kini aku masih dalam kebingungan
tidak tahu apa yg perlu aku lakukan

tetapi, aku tahu..
jalannya sudah pon ada

jika benar Dia memilihku..
aku amat bersyukur
kerana masih diberi kesempatan ini..

hatiku sungguh bahagia kerana Dia telah memilih aku
sungguh..
aku sangat bahagia dengan nikmatNya ini..
terima kasih Ya Allah....

13 April 2011

~Cuti..yeayy!!!~

0 comments
assalamualaikum ...

kaifa halukum..
anna bokhoir..hehe
speaking arab plak..apa salahnye kan kan tu bahasa al-quran..
bek lah kite agngkan bahasa kalam Allah tu drpd kite agung bahasa penjajah..

entry kali nie juzz nk meluahkan rasa sedih hati nie sebab mggu ni cuti 4 hari, tapi mira x balik atas sebab2 yang xdapat dielakkan..
nasib lah hari2 tepon mak, jadi terubat ckit rndu kt mak n abh..
mggu nie mmg ramai budak2 asrama balik...
kepada sahabat2 ku yg pulang ke kampung...
-jaga diri baik2..
- berhati2 semasa pulang
-semoga kalian selamat pulang dan selamat kembali
- jgn lupa stdy untuk UAK..hehe
-erm...bnyk ag..tapi esok lah mira ckp.,:)

semoga kepulangan anda akan memberi kegembiraan kepada orang tercinta anda di rumah..:)

01 April 2011

BiSnEss Ohh BiSnEss

0 comments
salam hujung minggu buat semua BW...hehe
hari nie xde pe sgt yg nk dipost
tapi tgn ni rasa cam gatal je nk menulis.(menaip)..:)
recently, mira n cek abg mira plan wat bisness kecil-kecilan je..
kalu nak tahu bisness ape bole clik disini ye..
dah clik nnt tahu lah apa bisness yg mira wat..
cek abg mira tu sleeping patner je..( nk juga menyebok)..hikhikhik:P
okey lah, mira nk g hntar makanan yang budak2 nie tmpah lu..
( mira niaga untuk makan tgh hari)
sape2 yg dh singgh n bc entry ni,
sile-sile2 lah clik kt link tu ye..:)
terima kasih semua...astalavista bebeyh.:)

26 March 2011

♥~Terharunya~♥

0 comments
salam syg dan rindu buat semua pmbaca ckgu..hehe
hari ni myra dikejutkan dgn satu berita tergempar.haaa????
acah je..hehe
sbnrnye, ptg td..ad sorg anak murid dtg umah myra..

"assalamualaikum..."
"ckgu...nie ada hadiah untuk ckgu."

"eh ainna nie,sush je..."

"xpela ckgu..ckgu amiklah..buat kngn.."

emm...terharunya, ptg td myra dapat hadiah..
nk tahu x hadiah tu dari siapa????

nakkk????

lihat kiri...xde??
lihat kanan..xde jga???
cube lihat atas....pon xde???
kalu cm tu lihat kt bawah ni...da jumpe???
hehe


~ nie lah adik Ainna~

ini lah adik ainna yang baik hati dan comey serta sgt bijak..
si comel ini lah yang beri hadiah pada mira..hehe
kalau nk tahu..adik ainna ni pndai sgt..
exam baru2 ni..ainna dpt no 1 dlm kelas..
kwn2 die ckp,aina msti dpt no 1 dlm kels..
ainna pernah ckp kt mira..

"ckgu mira, besar nnt,ainna nk jd ckgu jugak mcm ckgu mira."
gembira mira dengar anak murid ckp cm tu..hehe



~ nie lah hadiah yang ainna bg ptg td~
~terima kasih Ainna~

~buat adik ainna...goodluck jugk ye:)~


~ ini pulak surat dari adik ainna..~~weeee*_*


~sama-sama adik aina...:)~

23 March 2011

cikgu oh cikgu

0 comments
Yeahhh!!!....akhirnya tiba waktu ~~PBS~~
sudah 3 hari ckgu wat PBS..(eceh..dh pggl cikgu:)
hari nie dh masuk hari ke 3 mira wat pbs..
mira pilih skol lama mira masa mira skolah dulu2...
ckgu2 yg ajar mira pon masih ada kat skolah tu..
malu..~~~tapi ckgu mira ckp pe taw

"tumpang bangga saya anak murid dh jadi ckgu"

heheh...

~ini lah sekolah tempat mira wat PBS~

sekolah ni dekat aje dgn rumah mira..
pg2 mira jln kaki ke sekolah..:)
penglaman sgt seronok sbnryer...
mcm2 mira wat..
smpai ht ni rasa cm xnk balik mktab,
nk jadi ckgu terus..haks3
tapi apa boleh wat,mira masih seorang guru pelatih
first time masuk kelas sbg seorg guru

budak2 kt situ panggil mira ckgu amira..
bukan tu aje, siap dpt gelaran CIKGU COMEL lagi tu...hahhaaa

first day g skol tu boring gaklah sbb xde kwn langsung even daripda maktab lain
tapi....xsampai pon 1 hari, dh seronok sbb dh rapat dengan ckgu sekolah tu
budak2 pon dh suka sbb diorang teruja ada cikgu baru..
heheheheheeh

mira dpat meja kt bilik guru..
meja mira sebelah dengan meja cikgu azizi, depan cikgu razak..hehe
bile dh penat,,,mira akan naik ke bilik guru
duduk2 kejap...
borak2 ngn ckgu yg ada kat dlam bilik guru tu...
mira dh seronok kt sekolah tu..hehehe

erm,okeylah,,mira cerita sampai sini lu..
esok mira cerita lagi..hehe
esok mira nak ikut kak maslina g hantar budak ke pertandingan majlis tilawah al-quran(MTQ)..
hehe..jumpe esok lagi..:)






08 March 2011

♥~Minggu Berfalsafah~♥

0 comments

Assalamualaikum....salam berfalsafah..:)
minggu ni myra sgt bz coz bnyk assgmnt n i need to pass up them this week..
so tired maa...
tapi ni lah tugas student kan..
tapi for this entry, myra nk story mory skit pasal
FALSAFAH
knp falsafah???
sbb mnggu ni adalah
MINGGU BERFALSAFAH..♥♥
.........



untuk FPK punyer coursework, myra kne wat falsafah SENDIRI..hehehe
daripada ckgu nk jadi ahli falsafah plak sekarang...dasyat gak ckgu nikan..
erm, semnggi ni asyk fkir cm ne lah nk create falsfah sendiri,
bak kata MATDO..( pensyarah math myra)
"as a teacher, u need to have a BIG PICTURE THINKING"
so, sekrg ni mmg kne ad BPT tu...
task ni still in progress..
baru siap 5 pages...
overall kne wat dlm 12 pages untuk essay falsafah nie...
semoga tugas ni dapat myra lksanakn dengan baik, n kepada my partner,
Nur hidayah..
jom le kite berfalsafah yek..
jgn smpai botak kepla sudah
nk jadi ahli falsafah punyer pasal..he3

so far, idea masih ada n teknik copy,paste n cut masih di aplikasi..ngeh3
pasni,..idak le teman tahu..
harap2 siap le falsafah nie b4 jumaat ( due date)..

okkeyy lah ek..myra nk smbung berfalsafah..hehe
b4 idea terbang ke langit biru..
sekian sj dr myra untuk ptg yg mengantok nie...

daaaaa....:)







16 February 2011

♥~ Kisah 1~♥

0 comments
RINGKASAN...

~~♥♥♥~~

satu ketika, setelah azan berkumandang,Saidina Abu Bakar r.a berhasrat mengajak anaknya ke masjid bersama-sama.



Saidina Abu Bakar: Eh,masih bermesra dengan isteri lagi? biarlah...
.
.

setelah selesai solat,
beliau dapati anaknya masih begitu..


Saidina Abu Bakar : wahai anakku, Atikah telah melalaikan kamu dari amanah dan
melupakan kamu dari solat, ceraikanlah dia.

Abdullah: baiklah ayah..

Itu dulu..zaman kita ini????

.
.
Si anak sedang bermesra
dengan teman wanitanya..

Si Ayah: Nak..dah solat ke belum??

Si Anak: Kurang asam punyer bapak, Kacau je!


~~✿✿✿~~

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun silam, Abdullah bin Abu Bakar r.a baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Atikah binti Zaid. Atikah adalah seorang wanita cantik rupawan, dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, bijak, berkedudkan tinggi. Tentu ini membuatkan Abdullah sangat mencintai isteri yang amat sempurna menurut pandangan manusia itu. Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar singgah ke rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama berjemaah di masjid. Namun apabila terlihat anaknya sedang bermesraan bersama isterinya dengan lembut dan romantis, Abu Bakar membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid. Setelah selesai menunaikan solat Abu bakar sekali lagi melalui jalan dihadapan rumah anaknya. Alangkah kesal Abu Bakarapabila beliau mendapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya. Abu Bakar memanggil anaknya.
"Wahai abdullah, apakah kamu solat berjemaah?". Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : " Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan malah melupakan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!" Demikianlah perintah Abu bakar kepada anaknya.
SubhanaAllah!!...

PENGAJARAN

Jangan lah kita lupakan akhirat
semata-mata kerana keindahan dunia...:)






"Ya Allah, Aku Jatuh Cinta"

0 comments
Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami...
selama ini aku rasa tidak pernah tahu bagaimana
rasanya bercinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau

Ya Allah,
Selama ini aku hanya berharap
semoga dapat mencintai Orang yang memiliki cinta yang
luar biasa pada-Mu

Ya Allah,
selama ini aku juga berharap
semoga aku dicintai
oleh orang yang dapat mengarahkanku
menuju keredaan-Mu

Pinta ku Ya Allah,
izinkan aku memiliki rasa ini
hingga ia menjadi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami
Pada-Mu....

♥~GURU~♥

0 comments

salam sayang buat semua remaja di luar sana...
saya ingin berkongsi dunia saya dengan korg semua...
kepada yg menyinggah di blog ni lah..hehe
Dunia saya sekarang adalah :
DUNIA PENDIDIK

sekarang ni umur saya 20 tahun n still REMAJA sama cm korng semua..
tapi dunia saya disini sedikit berbeza dengan dunia korang kt luar sana tu..
bila dh berada dalam dunia pendidkan ni..
cara hidup pon sedkit berlainan..

sebagai remaja, saya telah memilih dunia ini sebab mak n ayah saya yg suruh..hehe
tapi knp plak saya ikut je cakap mak ayah saya walaupon menjadi guru tidak pernah
ada dalam angan-angan saya masa kecil2 dulu..
tapi, saya tahu, mak ayah saya tahu ape yg terbaik buat anak dara sulung diorang ni..
then, saya pon ikut lah pilihan hati mereka..
lagipon, kite ni nk blajar mestilah mendapat keredhaan dari Allah..
tapi..
Keredhaan Allah terletak pada Keredhaan Ibu Bapa...
INGAT TU!!!!

haa..balik pada story saya ni okey...
bile dh nk jadi ckgu ni..
saya dapat rasa kan perubahan yg sgt ketara pada HATI nie..
apa yg saya rasakan ialah terasa seperti telah mempunyai tanggungjawab yg sgt besar..
menjadi guru sama lah seperti akan menjadi pemimpin..
APA???...PEMIMPIM!!!
Oh TIDAK!!
BESARNYA AMANAH!!

mampu ke saya lakukan??
tapi..saya dah pon pilih jalan nie...
saya terima dengan ketentuan nie..
ini akan dapat mengelak diri saya daripada menjadi REMAJA tanpa HALA TUJU..

bile masuk je maktab..mcm2 yg x boleh wat..tapi korg boleh
DUnia kita dah berbeza...

1. tidak dibenar kan keluar pada waktu malam..
paling lmbat pkul 7 petang..

2. haram pemakaian JEANS dan SLACK..
hanya KURUNG dan SUAR TRACK N T-SHIRT MAKTAB dibenarkan..

3. dilarang memakai baju selain baju kurung walaupun pergi dinner di hotel..

4. DAn banyak lagi..

segala yg ingin saya rasa sebagai seorang REMAJA NAIF..
tidak dapat saya lakukan seperti korang2 semua..
dunia kita berbeza..
HATI REMAJA KU MEMBERONTAK!!!
tetapi..hanya sementara..
saya dapat merasakan ada hikmah di sebalik semua nie..
jalan yang bakal saya tempuhi adalah jalan ke arah destinasi yg sgt mulia..
semua itu perlukan pengorbanan dari segi KEINGINAN HATI..
NAFSU!!!

tidak mengapa...saya masih lagi seorang REMAJA yg masih dapat bergembira sama seperti korang semua..
dunia kite mmg berbeza..tapi
kita masih SERUPA!!
.
.
.


SAYA bersyukr menjadi perempuan..:)
.
.
.

riang tawa guru2 cilik...
.
.
.



tersangat gilakn camera...SnaP!.SnaP!..
.
.
.




♥promosi♥

Sesiapa yg berminat n bingung ke mana arah tuju anda...
jgn lepaskan peluang untuk menjadi guru..
anda bukan sahaja dapat:

1. memenuhi impian Ibu dan Ayah anda

2. mencapai cita-cita anda sendiri

3. pekerjaan yang baik

TETAPI..

anda juga akan memperoleh pahala diatas pekerjaan anda ini kerana..
menjadi GURU adalah 1 Ibadah..
WaAllahualam..

~♥ ilmu di dada untuk dikongsi,bukan untuk di simpan ♥~
























15 February 2011

♥~REMOVE IT~♥

0 comments
Entry kali ni nak berkongsi pendapat dgn pmbaca blog nie...berkenaan Remaja pada hari nie.
oh remaja....sudah kah anda check inbox hati anda???
adakah saya juga sudah check inbox hati saya sendiri??
apakah yg ada dalam inb
ox tersebut???
adakah inbox kite berwarna "hitam" atau 'Putih'??
kita sendiri yang tentukan..


Valentine's
Day???

wahai remaja di luar sana...
apakah erti Valentine pada anda??
adakah korang meraikan hari kematian St.Valentine ini dalam khidupan korang??
jika korang meraikannya,tahukah yg korg s
edang meraikan hari kejatuhan saudara korg sendiri??
mungkin ada yg tahu,mgkin jugak ada yg x tahukan..

adakah korg rasa Valentine ni adalah hari untuk korg menzahirkan kasih sayang dan kecintaan???
tapi,knp plak mesti pada 14 FEBRUARY ni?
hari lain xboleh ke??

bagaimana plak caranya korg zahirkan kasih syg korg tu???
dan apakh hasil penzahiran korg tu??
wahh..bnyk nyer lah soalan saya kan..tapi ini lah yg bermain2 di kotak fikiran saya sehingga ke hari ni...
adakah di bawah nie antara contoh
hasil pnzahiran kasih sayang korang tue???.........

masyaALLAH...
apa dosa bayi yg dibuang seperti sampah nie??bayi nie langsung tidak bersalah...
knp korg jadikannya sbg mang
sa nafsu serakah korg..
korg xsedar ke yg korg sebenarnya yg patut dibuang ke dalam tong sampah, tepi jalan, dalam longkang???
ANDA YANG BERSALAH!!!!!

wahai remaja yg dikasihi...
marilah kita sama2 renungi kehidupan kita...
adakah kita sekarang berada di landasan yg betul..
adakah kehidupan anda kini akan menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat???
hidup dalam islam adalah sangat indah teman2 ku..

wahai remaja yg di sayangi..

DELETE FAIL VALENTINE anda...*PERMANENT*
COPY FAIL KEINSAFAN..
PASTE kan ke FAIL TAUBAT
SAVE kan ke MINDA DAN HATI anda...

lakukanlah sekarang...
INSYAALLAH...anda akan gembira, dan selamat dunia akhirat
sama2 lah kita memohon agar hidup kita diberkati oleh-NYA...





salam sayang buat insan bernama REMAJA...






13 February 2011

♥~Harga Remaja~♥

0 comments
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijaun daun
bagai kesegaran pohon
dipinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kau penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu
penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.



12 February 2011

♥~Remaja???~♥

0 comments
Bismillahirrohamnirrahim....

cakap-cakap pasal remaja, adakah saya remaja lagi??
adakah korang pon remaja lagi???
kalu korang x pasti..please check here:

1 bulan - 2 tahun : bayi
3 tahun - 11 tahun : kanak-kanak
12 tahun - 15 tahun : pra remaja
16 tahun - 21 tahun : remaja
22 tahun dan ke atas : dewasa

haa..dah check??..status korag pe??hehhe...saya masih remaja (20 tahun)
wahh!!!saya x tua lagi..:)

kalu nk kenal remaja ni cm ne...kt bawah ni saya ad sediakan sdkit informasi untuk santapan korang..( bukan untuk dimakan yek, tapi di baca)..


Ciri-ciri manusia remaja :

  1. remaja ni lebih suka bergaul dengan kwn2 diorang berbanding mak ayah diorang sendiri..betul x??
2. peringkat remaja juga adalah peringkat perkembangan sosial. waktu ni lah time dorg nk bersosial,sama ad ngn sesama jntina, or lain jantina..

3. suka berimaginasi n berangan-angan..lebih kurang cm saya..:). tapi, remaja yg normal (cm saya) ada angan2 tentg masa depan

4. mudah terpengaruh oleh emosi..suka berkawan,tapi cepat tersinggung dgn persekitaran..sebb masa ni,remaja belum matang..

kenapa plak kite perlu knl remaja??

~
sebab bile kita fhm ciri-ciri remaja tu sndiri, termasuk diri sndiri, time tu lah korang akan fhm kwn2 korang coz kwn2 korang pon mesti lah remaja cm korang kan..

~kite kne tahu perkmbagn peringkat remaja sebab korg akan lebih bersedia bile korang mengalami keadaan yg akan wat korang bingung or CONFUSE...betul x??


so, setakat ni lu entry yg pertama saya ni, lpas ni, saya akan sediakan informasi yg HOT n WOW untuk korg tahu...

see u at the next entry****watch me