Blogger Templates

16 February 2011

♥~ Kisah 1~♥

RINGKASAN...

~~♥♥♥~~

satu ketika, setelah azan berkumandang,Saidina Abu Bakar r.a berhasrat mengajak anaknya ke masjid bersama-sama.



Saidina Abu Bakar: Eh,masih bermesra dengan isteri lagi? biarlah...
.
.

setelah selesai solat,
beliau dapati anaknya masih begitu..


Saidina Abu Bakar : wahai anakku, Atikah telah melalaikan kamu dari amanah dan
melupakan kamu dari solat, ceraikanlah dia.

Abdullah: baiklah ayah..

Itu dulu..zaman kita ini????

.
.
Si anak sedang bermesra
dengan teman wanitanya..

Si Ayah: Nak..dah solat ke belum??

Si Anak: Kurang asam punyer bapak, Kacau je!


~~✿✿✿~~

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun silam, Abdullah bin Abu Bakar r.a baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Atikah binti Zaid. Atikah adalah seorang wanita cantik rupawan, dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, bijak, berkedudkan tinggi. Tentu ini membuatkan Abdullah sangat mencintai isteri yang amat sempurna menurut pandangan manusia itu. Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar singgah ke rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama berjemaah di masjid. Namun apabila terlihat anaknya sedang bermesraan bersama isterinya dengan lembut dan romantis, Abu Bakar membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid. Setelah selesai menunaikan solat Abu bakar sekali lagi melalui jalan dihadapan rumah anaknya. Alangkah kesal Abu Bakarapabila beliau mendapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya. Abu Bakar memanggil anaknya.
"Wahai abdullah, apakah kamu solat berjemaah?". Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : " Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan malah melupakan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!" Demikianlah perintah Abu bakar kepada anaknya.
SubhanaAllah!!...

PENGAJARAN

Jangan lah kita lupakan akhirat
semata-mata kerana keindahan dunia...:)






0 comments:

Post a Comment